Tuesday, August 25, 2009

Denda Perlanggaran Peraturan Prep

1. Prep Hujung Minggu
a) Pelajar akan ‘prep’ bermula pukul 08.00 pagi—12.30 tengahari pada hari Sabtu.
b) Pelajar diwajibkan memakai uniform rasmi maktab (Kemeja + tali leher)
c) Pelajr dikehendaki lapor diri kepada warden bertugas (dibilik warden)
setiap 1 jam hingga 12.30 tengahari.

2. Dilarang Outing
a) Jika masih melakukan kesalahan dalam tempoh masa denda pertama, denda ‘prep’
hujung minggu akan disambung pada minggu berikutnya dan ‘outing’ tidak dibenarkan pada minggu tersebut.

3. Kerja Amal
* Cuci tandas.
* Kutip sampah.
* Kemas dewan.
* Mana-mana yang difikirkan sesuai.

4. Pelajar yang didenda akan diumumkan pada masa ‘Morning Assembly’ setiap hari Jumaat.

* Denda bagi pelajar berjalan pada hari Sabtu kecuali jika ada aktiviti.
Denda akan dijalankan mengikut masa yang sesuai.

Monday, August 24, 2009

Etika Pakaian Pelajar

a. ‘Pakaian Rasmi’ - pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar maktab.

b. ‘Pakaian Pilihan’ - pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab dan semasa keluar bandar atau
pulang ke rumah.

c. ‘Pakaian Sukan dan Permainan’ - pakaian yang dipakai semasa menyertai acara- acara sukan, permainan dan riadah.

d. ‘Pakaian Aktiviti Ko-kurikulum’ - pakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti
pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan.

e. ‘Pakaian Pendidikan jasmani’ - pakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas
pendidikan jasmani di luar bilik darjah.

f. ‘Pakaian Waktu Prep’ - pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahan.

g. ‘Pakaian Outing’ - pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan
maktab sama ada keluar ke bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang
bermalam atau cuti sekolah).

h. ‘Tutup Kepala’ - pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, ketayap, serban, tudung, telekung dan sebagainya.

I. ‘Pakaian Solat Jumaat’ - pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.

Peraturan Asrama

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar dan percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.


BERSOPAN DAN BERTATASUSILA
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.


KEPATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menghormati peraturan, undang-undang maktab dan negara.


MENGHARGAI MASA DAN TANGGUNGJAWAB
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab.


MEMENTINGKAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, mencintai kebersihan dan alam sekitar.


BERFIKIRAN POSITIF DAN BERCITA-CITA TINGGI
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang boleh dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik dan bercita-cita tinggi.






a. TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI
b. Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersi han fizikal mental dan rohani
c. Bersopan, jujur dan amanah
d. Menghargai masa dan menepati masa
iv. Berjimat cermat
v. Bersifat sederhana dan tidak sombong
vi. Sabar dan bertolak ansur
vii. Menghormati hak asasi orang lain
viii. Berani dan cekal hati
ix. Bersikap dedikasi
x. Bersikap berdikari
xi. Bersifat rajin dan berusaha
xii. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang