Monday, August 24, 2009

Etika Pakaian Pelajar

a. ‘Pakaian Rasmi’ - pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar maktab.

b. ‘Pakaian Pilihan’ - pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab dan semasa keluar bandar atau
pulang ke rumah.

c. ‘Pakaian Sukan dan Permainan’ - pakaian yang dipakai semasa menyertai acara- acara sukan, permainan dan riadah.

d. ‘Pakaian Aktiviti Ko-kurikulum’ - pakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti
pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan.

e. ‘Pakaian Pendidikan jasmani’ - pakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas
pendidikan jasmani di luar bilik darjah.

f. ‘Pakaian Waktu Prep’ - pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahan.

g. ‘Pakaian Outing’ - pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan
maktab sama ada keluar ke bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang
bermalam atau cuti sekolah).

h. ‘Tutup Kepala’ - pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, ketayap, serban, tudung, telekung dan sebagainya.

I. ‘Pakaian Solat Jumaat’ - pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment